Skip to main content

RUU ANTI LOMPAT PARTI ATAU RUU ANTI KATAK POLITIK

 RUU ANTI LOMPAT PARTI ATAU RUU ANTI KATAK POLITIK

Ramai yang bertanyakan hal ini. Mungkin bagi masyarakat awam yang paling perlu diketahui adalah Pindaan Perkara 49A.
Kesan Perkara 49A adalah seperti berikut:
1) Kekosongan kerusi Ahli Parlimen itu akan berlaku bila mana:
a) Ahli Parlimen itu bertanding atas satu tiket parti dan menang dan selepas itu:
i) dia melepaskan keanggotaan parti itu; atau
ii) dia tidak lagi menjadi anggota parti itu; atau
b) Jika ahli Parlimen itu bertanding sebagai bebas dan menang, setelah itu menyertai satu parti politik.
2) Ahli Parlimen itu tidak terhenti menjadi ahli Parlimen hanya disebabkan oleh:
a) pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politiknya;
b) pelepasan keanggotaannya daripada parti politiknya apabila dia dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan;
c) pemecatannya sebagai ahli parti politiknya.
Perkataan "anggota suatu parti politik" termasuk Ahli Dewan Rakyat yang bukan ahli mana-mana parti tetapi dia adalah anggota gabungan itu. Contohnya, anggota parti A yang juga Ahli Dewan Rakyat tidak gugur keahlian Dewan jika parti A meninggalkan gabungan itu. Contohnya macam PPBM keluar daripada PH.
Seseorang ahli Dewan Rakyat juga tidak gugur keahlian Dewan itu jika:
a) Parti A bergabung dengan Parti B untuk menjadi Parti C. Contohnya konon, Umno bergabung dengan Pas membentuk Parti Muafakat Nasional. Anggota UMNO dan Pas itu tidak gugur keahlian.
b) Parti A dibubar atau parti A dibatalkan pendaftaran. Kemudian anggota Parti A itu masuk Parti B maka anggota Parti A tidak gugur keahlian Dewan. Contohnya, ahli Parlimen parti DAP, kemudian DAP dibatalkan pendaftaran oleh ROS, kemudian ahli DAP masuk parti Amanah maka keahlian dewan tidak gugur.
c) Anggota Parti A dipecat daripada parti itu, sama ada atau tidak dia menyertai parti politik lain atau membentuk suatu parti politik baharu, tidak gugur keahlian Dewan. Contohnya, ahli parlimen Shah Alam dipecat daripada Amanah maka tidak gugur keahlian Dewan. Tetapi jika Ahli Parlimen Kuala Nerus istihar keluar parti maka akan gugur keahlian Dewan.
Perbahasan mengenai RUU ini boleh dilihat dalam Hansard Parlimen tarikh 27 dan 28 Julai 2022.
(Link Hansard 28 Julai 2022 belum ada) Jika malas membaca boleh aja masuk youtube parlimen.
Sesi penggulungan Menteri pada 28 Julai 2022 amat mustahak untuk diteliti kerana banyak persoalan berbangkit yang dijawab oleh Menteri dan pastinya Mahkamah juga akan mengambilnya sebagai panduan jika berlaku kes Mahkamah.

Comments

Popular posts from this blog

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)

Secara umumnya undang-undang berkaitan hak penjagaan anak ini adalah mudah. Lazimnya jika seseorang anak itu belum mumaiyyiz (belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk), hak jagaan adalah diberikan kepada ibu. Jika anak itu telah mencapai umur mumaiyyiz, lazimnya umur 7 tahun ke atas, Mahkamah akan menemuramah anak itu dan menanyakan anak tersebut dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal. Walaupun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini, Mahkamah biasanya jarang lari daripada prinsip umum ini. Namun, pengalaman lepas menunjukkan bahawa kes berkaitan hadhanah ini paling sulit untuk diselesaikan disebabkan faktor-faktor yang mendatang. Ini disebabkan seseorang ibu atau bapa itu gagal memahami konsep hadhanah ini menurut hukum syarak. Ibu atau bapa yang bercerai itu kadang-kadang terbawa-bawa dengan sebab perceraian sehinggakan anak tersebut menjadi mangsa. sumber: www.jurnalberita.com Sewaktu kes hadhanah itu berlangsung, pihak-pihak biasanya akan m...

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk mem...

THE CONCEPT OF CONSTRUCTIVE DISMISSAL IN MALAYSIA

1)            Constructive dismissal is a term used when an employee terminates his employment contract and considers himself discharged from further performance of his work as a result of his employer’s behaviour. For example, the employer has made the employee’s position at work untenable leaving the employee with no alternative but to quit his employment under protest. Although there is no actual dismissal by the employer, the end result is the same as if the employee had been fired. 2)            Gopal Sri Ram JCA in Quah Swee Khoon v Sime Darby Bhd [2001] 1 CLJ 9 at 19 described ‘constructive dismissal’ as follows: “A reading of the pleaded case for the parties resolved the issue that fell for adjudication before the Industrial Court into what the profession has come to call as a “constructive dismissal”. There is no magic in the phrase. It simply means this. An employer does not like...