Skip to main content

Anak Mangsa Perceraian

Beberapa hari lepas anakguam sangat gembira kerana berjaya mendapat perintah Mahkamah Syariah untuk bersama dan bermesra dengan anak-anaknya selama seminggu dalam tempoh cuti penggal persekolahan. Namun, nyata sekali si ibu tidak gembira dengan keputusan Mahkamah itu. Ini mungkin berpunca sakit hati ke atas suaminya itu belum lagi habis. Si suami telah bernikah lain tanpa pengetahuan si isteri dan si isteri hanya mengetahuinya selepas 2 tahun pernikahan itu berlangsung. Ini mengundang kemarahan isteri. 

Akhirnya, badai yang menimpa pantai itu tidak dapat lagi dihalang. Pernikahan itu berakhir dengan perceraian. Perceraian ini meskipun pahit, mungkin menjadi penawar terbaik untuk pasangan ini. Namun, dalam proses mendapat penawar ini, seharusnya anak-anak tidak dimangsakan.

Silaturrahim antara anak dan bapa tidak harus diputuskan. Apatah lagi, jika anak-anak itu masih kecil dan masih memerlukan kasih sayang seorang bapa. Usah jadikan anak-anak seperti anak yatim yang kematian bapa. Si ibu seharusnya berlapang dada soal ini. Si ibu tidak berhak menghalang anak-anak daripada berjumpa bapanya. Apalagi kalau halangan itu diikuti pula dengan hasutan ke atas anak-anak kononnya bapa ini telah bernikah lain dengan perempuan jalang dan sundal.

Harus diingat, bahawa sesiapa yang memutuskan silaturrahim bakal menempah neraka. Dan ketahuilah, azab yang paling ringan pun adalah menggelegak otak apabila bara api neraka diletakkan di tapak kaki. Saya juga teringat suatu hadis Nabi SAW yang pernah dipelajari sebelum ini bahawa tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim.

Oleh itu, sesiapa yang bercerai hendaklah bertaqwa kepada Allah swt. Usah dilayan bisikan syaitan yang ingin memecah belah umat Islam dan inginkan permusuhan antara bapa dan anak. Si ibu, yang menjaga anak harus memberikan hak anak untuk bersama bapanya. 

Wallahualam

Comments

Unknown said…
salam..saya nak tanya macam mana jika saya nak tukar hak penjagaan sementara sebab mmg dalam surat perintah mahkamah bekas suami saya yang dapat tp sebab die paksa saya buat begitu kalau saya tidak turut cakap dia ..dia tidak akan lepaskan saya.. jadi saya terpaksa akur..dan selepas itu die tak pon jaga anak saya namun ibu saya dan adik perempuan saya yg jaga..akan tetapi die tidak membenarlan saya berjumpa langsung dengan anak..lepas itu dir fitnah saya dan suatu hari saya dapat tau ank saya terabai sekolah pon diabaikan..dan ank saya asyik termenung lalu saya ambil keputusan untuk ambil anak saya dan jaga sehingga kini diatas persetujuan die ...namun die x ambil kisah pon tentang persekolahan anak yang die tau semua sudah tersedia ..die tidak pon bagi wang perbelanjaan yang cukup sebagai contoh rm 100 1minggu untuk 2 org anak adakah wajar??

apa perlu saya buat

Popular posts from this blog

Apa nak buat bila dah kena tangkap?

Jika seseorang defendan atau responden ditangkap ekoran waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya, maka biasanya defendan itu akan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Setelah butirannnya diambil, lazimnya defendan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis boleh melepaskan defendan itu dengan jaminan mulut oleh defendan sendiri atau polis boleh meminta supaya defendan mendapatkan seorang penjamin yang lain. Defendan dan penjamin perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang ditetapkan pada hari sebutan. Jika defendan hadir, maka Mahkamah boleh melanjutkan jaminan yang diberikan ke atasnya dengan jaminan yang sama atau Mahkamah boleh meminta supaya didepositkan wang sebagai jaminan kehadirannya ke Mahkamah. Biasanya di Mahkamah Syariah, kadar jaminan wang antara RM1000 - RM2000. Menariknya, seorang peguam syarie boleh memberikan jaminan ke atas defendan itu, Namun, akta yang ada tidak jelas samada peguam syarie itu adalah peguamnya sendiri atau pun peguam yang lain. Ini kerana, jika

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseor