Skip to main content

Posts

Ramadhan Dan Peguam

Salam Aidilfitri untuk semua. Tatkala coretan ini dilakarkan, Ramadhan 1433H hanya tinggal sehari lagi. Ramadhan akan datang belum pasti lagi berjaya ditempuhi. Ramadhan adalah bulan paling diberkati di dalam agama Islam. Bulan yang penuh rahmah dan muhasabah kepada penganutnya. Di Malaysia, Per. 11(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin hak umat Islam untuk menganut dan beramal dengan ajaran Islam tanpa ada gangguan daripada kerajaan mahupun penganut agama lain. Oleh itu, dengan jaminan perundangan yang ada, umat Islam di Malaysia dapat beramal ibadat dan melaksanakan rukun Islam ketiga ini dengan sempurna. Bagi seorang peguam khususnya yang bekerja sendiri, pasti bulan Ramadhan adalah bulan penuh cabaran dan dugaan. Ramadhan kali ini dirasa sangat mencabar bila mana tahap KPI (Key Performance Index) dilaksanakan. Kalau dahulu, sesuatu kes memakan masa 4-5 tahun untuk dihabiskan, kini kes perlu dihabiskan dalam tempoh 9 bulan. Lazimnya, para hakim akan cuba selesaikan satu-satu ...

Benarkah karikatur tidak dibenar dalam PRU 13?

Beberapa laporan akhbar pada 31/5/2012 menyiarkan berita bahawa Timbalan Pengerusi SPR, Dato Wan Ahmad Wan Omar menyatakan bahawa gambar karikatur tidak dibenarkan sepanjang tempoh kempen PRU 13 nanti. Berita itu boleh lihat  di sini  dan  di sini  . Dalam respon segera oleh kartunis terkenal, Zunar di sini  beliau mengatakan bahawa beliau akan terus berkempen menggunakan karikatur. Pertamanya, agak tidak tepat laporan Utusan dan Bernama itu kerana semakan saya mendapati tidak wujud Akta Pilihan Raya 1994. Yang ada adalah Akta Pilihan Raya 1958. Tetapi kandungan seksyen 4(a) itu tidak menjurus kepada maksud pengharaman itu. Saya fikir mungkin wartawan tersalah dengar atau tersalah catat. Yang sebenarnya mungkin seksyen yang menjadi taruhan Timbalan Pengerusi SPR adalah seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Seksyen tersebut menyatakan: Kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan  4A. (1) Mana-mana orang yang, sebelum, semasa a...

Apa nak buat bila dah kena tangkap?

Jika seseorang defendan atau responden ditangkap ekoran waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya, maka biasanya defendan itu akan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Setelah butirannnya diambil, lazimnya defendan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis boleh melepaskan defendan itu dengan jaminan mulut oleh defendan sendiri atau polis boleh meminta supaya defendan mendapatkan seorang penjamin yang lain. Defendan dan penjamin perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang ditetapkan pada hari sebutan. Jika defendan hadir, maka Mahkamah boleh melanjutkan jaminan yang diberikan ke atasnya dengan jaminan yang sama atau Mahkamah boleh meminta supaya didepositkan wang sebagai jaminan kehadirannya ke Mahkamah. Biasanya di Mahkamah Syariah, kadar jaminan wang antara RM1000 - RM2000. Menariknya, seorang peguam syarie boleh memberikan jaminan ke atas defendan itu, Namun, akta yang ada tidak jelas samada peguam syarie itu adalah peguamnya sendiri atau pun peguam yang lain. Ini kerana, jika...

Waran tangkap, apa faedahnya?

Apakah faedah mendapatkan waran tangkap dalam tuntutan berkaitan mal? Jika dalam kes jenayah, waran tangkap biasa dikeluarkan untuk memastikan kehadiran orang kena tuduh. Tetapi dalam kes mal atau kes sivil, sesuatu kes dapat dijalankan meskipun tanpa kehadiran pihak yang dituntut atau didakwa. S.121(1)(b) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 menyatakan bahawa jika mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran, defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadiran defendan itu, tertakluk kepada sumpah istizhar yang akan dibuat oleh plaintif. Oleh itu, jika dalam sesuatu kes, asalkan penyampaian saman dan tuntutan telah disempurnakan samada melalui serahan saman kediri atau melalui cara penyampaian ganti, plaintif boleh memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap bagi memaksa kehadiran defendan. Sesetengah kes seperti kes saman penghutang penghakiman atau ...

Waran tangkap, satu instrumen penting dalam perlaksanaan perintah

Waran tangkap dalam kes sivil atau kes mal jarang digunakan oleh pihak-pihak yang menuntut. Mungkin tidak ramai yang tahu prosedur bagi memohon suatu waran tangkap daripada pihak hakim. 10 tahun dahulu sewaktu saya mula beramal di Mahkamah Syariah, saya pun tidak tahu bagaimanakah cara untuk memohon waran tangkap ini. Saya hanya tahu selepas seorang klien bertanyakan saya, adakah beliau boleh memohon waran tangkap untuk memastikan kehadiran bekas suaminya ke mahkamah. Setelah menyemak peruntukan undang-undang, baru saya tahu rupanya selepas sesuatu serahan saman disempurnakan ke atas pihak defendan atau responden, pihak plaintif atau pemohon boleh memohon daripada hakim bagi mengeluarkan waran tangkap ke atasnya. Tujuan waran ini dikeluarkan adalah untuk memastikan kehadiran defendan atau responden. Sesetengah defendan atau responden amat degil untuk hadir ke mahkamah. Dalam sesetengah kes, kadang kala ada baiknya jika defendan tidak hadir seperti contohnya permohonan perceraian seca...

Anak Mangsa Perceraian

Beberapa hari lepas anakguam sangat gembira kerana berjaya mendapat perintah Mahkamah Syariah untuk bersama dan bermesra dengan anak-anaknya selama seminggu dalam tempoh cuti penggal persekolahan. Namun, nyata sekali si ibu tidak gembira dengan keputusan Mahkamah itu. Ini mungkin berpunca sakit hati ke atas suaminya itu belum lagi habis. Si suami telah bernikah lain tanpa pengetahuan si isteri dan si isteri hanya mengetahuinya selepas 2 tahun pernikahan itu berlangsung. Ini mengundang kemarahan isteri.  Akhirnya, badai yang menimpa pantai itu tidak dapat lagi dihalang. Pernikahan itu berakhir dengan perceraian. Perceraian ini meskipun pahit, mungkin menjadi penawar terbaik untuk pasangan ini. Namun, dalam proses mendapat penawar ini, seharusnya anak-anak tidak dimangsakan. Silaturrahim antara anak dan bapa tidak harus diputuskan. Apatah lagi, jika anak-anak itu masih kecil dan masih memerlukan kasih sayang seorang bapa. Usah jadikan anak-anak seperti anak yatim yang kematian...

Kerjaya sebagai peguam

Hj Sulaiman Abdullah adalah peguam yang dihormati kawan dan lawan kerana prinsipnya Oleh: Dr Zulqarnain Lukman      S ewaktu melintasi tempat meletak kereta di Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam saya terlihat beberapa orang membawa jambangan bunga diiringi oleh ahli keluarga masing-masing. Kelihatan di wajah mereka kegembiraan dan keceriaan. Saya pasti bahawa hari semalam adalah hari besar dalam hidup mereka dan ibu bapa mereka. Mereka telah menghabiskan masa sekurang-kurangnya 1 tahun di peringkat matrikulasi atau A-Level dan 4 tahun bagi menghabisi pengajian undang-undang. Ibu bapa mereka juga pasti telah berbelanja besar untuk menampung yuran pengajian anak-anak di universiti. Tidak syak lagi bahawa semalam adalah hari besar dan bersejarah bagi mereka kerana hari semalam adalah hari mereka didaftarai dan diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya. Ini bermakna pengajian mereka di peringkat sarjana muda undang-undang telah ...

Akta yang gantikan ISA akan lebih zalim

Akta yang akan menggantikan ISA akan lebih zalim Rata-rata rakyat Malaysia menyambut baik langkah Perdana Menteri untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (“ISA”). Langkah tersebut dipuji oleh semua pihak khususnya parti pembangkang dan badan bukan kerajaan. Tetapi masih timbul tanda tanya kerana pemansuhan ISA itu bukanlah pemansuhan mutlak tanpa bersyarat malah berikutan pemansuhan itu kerajaan bakal memperkenalkan dua akta baru. Menteri Dalam Negeri pula mendedahkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan dua akta baru itu berasaskan kepada Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom. USA Patriot Act atau lebih dikenali sebagai Patriot Act adalah singkatan kepada Uniting (and) Strengthening America (by) Providing Appropriate Tools Required (to) Intercept (and) Obstruct Terrorism   Act of 2001 dan telah diperkenalkan oleh Presiden George W. Bush pada 6 Oktober 2001. Akta ini diperkenalkan selepas Amerika mengalami serangan ...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sedar tak sedar, hampir 2 tahun blog ini tidak dikemaskini. Terasa satu dosa jika blog ini tidak diupdate. Ilmu yang ada harus dicurahkan supaya ianya memberikan manfaat kepada orang ramai. Justeru, saya berazam untuk memanfaatkan sedikit ilmu perundangan yang ada ini untuk manfaat masyarakat. Jika ada ilmu tetapi tidak diamalkan nescaya ilmu tersebut akan lari daripada kita. Ilmu yang diamalkan dan disebarkan akan memberikan manfaat kepada orang lain. Semoga dengan ini akan memotivasikan diri saya untuk terus komited dalam penyebaran ilmu yang bermanfaat. Sempena hari raya yang mulia ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin Sekian
Masalah Menjual Kereta Baru-baru ini saya menerima pertanyaan daripada seorang saudara baru. Beliau telah menjualkan kereta melalui sebuah syarikat menjual kereta terpakai. Menurutnya, syarikat tersebut telah berjanji untuk menyelesaikan segala bayaran tebus hutang dengan pihak bank. Namun, janji tetap tinggal janji sahaja. Syarikat tersebut telah menjualkan kereta tersebut kepada orang lain dan pembeli itu telah meneruskan ansuran bank tanpa nama saudara baru itu ditukar milik. Sebagaimana kelaziman, pembeli itu telah gagal menjelaskan bayaran ansuran bank dan bank menghantar notis kepada saudara baru itu. Saudara baru itu telah bersemuka dengan pemilik syarikat itu dan pemilik syarikat berjanji untuk melunaskan bayaran hutang bank. Akhirnya, kereta itu telah dirampas oleh bank dan dilelong. Setelah ditolak hasil lelongan, masih terdapat baki hutang kira-kira RM25 ribu. Syarikat tersebut masih gagal untuk menjelaskan bayaran baki hutang itu. Malah, telefon dan sms sudah tidak dilayan....
Semanis Kurma, 'Duitku Duitmu' Dalam rancangan TV9 sebentar tadi iaitu rancangan Semanis Kurma yang dihoskan oleh 2 selebriti agama terkenal dan pasangan suami isteri iaitu Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Bahyah, dan 4 tetamu Ahmad Idham dan isterinya Amy dan Zulkfili Zain dan isteri telah membincangkan masalah suami isteri yang mana suami hidup dengan berharapkan pendapatan isteri. Terdapat beberapa pemanggil yang telah membuat panggilan semasa rancangan berlangsung dan mengadu hal suami mereka yang bacul kerana tidak menyediakan nafkah kepada isteri. Malah, ada yang mengadu suami mereka bukan setakat malas bekerja tetapi telah mencuri barang kemas isteri dan menjualkannya. Ada yang sudah tidak larat dan benci memandang muka suami. Ada yang telah 7 tahun tidak diberikan nafkah malah ada yang semenjak kahwin tidak pernah merasa duit suami. Kesemua ahli panel dan hos rancangan sepakat menyatakan keadaan tersebut tidak sepatutnya wujud sebab nafkah adalah tanggungjawab suami. Baru-...
Membeli rumah pertama Sepanjang karier saya sebagai peguam, sudah lebih 1500 fail berkaitan hartanah telah diuruskan oleh saya (dengan bantuan staf - terima kasih). Sepanjang tempoh itu, pelbagai jenis rumah dan tanah telah saya lihat dan proseskan supaya pihak pembeli mendapat hakmilik hartanah itu. Daripada tanah yang harganya berbelas ribu hinggalah kepada tanah yang berharga RM100 juta. Setiap satu transaksi itu ada signifikannya. Saya rasa kasihan apabila ada pembeli yang telah membayar deposit tetapi akhirnya milikan rumah itu tidak menjadi miliknya sehingga akhir hayat. Kenapakah perkara itu terjadi? Jawabnya, kerana pembeli tersebut tidak meneliti betul-betul memahami transaksi yang dibuat. Tidak kurang juga yang malang, mendapat peguam cabuk, yang hanya mempunyai sijil dan kelayakan sebagai peguam tetapi tidak faham proses pindahmilik tanah. Akhirnya fail itu tersadai di pejabat dan pelanggan menunggu bak buah tak gugur. Baru-baru ini ada kawan lama saya datang ke pejabat untu...
Peguam, Pensyarah, Pegawai Undang-Undang, PTD Saya percaya ramai di kalangan bakal graduan undang-undang masih tercari-cari hala tuju ke arah mana mereka akan tuju setelah bergelar siswazah. Bagi pelajar di peringkat menengah barangkali kerjaya sebagai seorang peguam menjadi impian di hati. Ikon seperti Karpal Singh, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Dato' Wan Mutalib Embong, Allahyarham Aris Rizal Christopher Fernando, Hj Sulaiman Abdullah, Datuk Zaid Ibrahim (sekadar beberapa peguam ternama) menjadi idola mereka. Tidak dinafikan bahawa ikon yang disebutkan itu bukan sahaja terbilang di dunia perundangan tetapi berjaya mengumpul harta benda yang mewah di dunia ini. Tarikan utama dunia perundangan adalah duit. Ramai orang menyangka bahawa title sebagai peguam itu akan menjadikan seseorang itu kaya serta merta. Hakikatnya, menjadi seorang peguam pada masa sekarang adalah tidak sama seperti menjadi peguam 20 tahun yang lampau. Ikon yang disebutkan di atas sebenarnya telah berusaha seme...
Ramadan Kareem , Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita sama-sama menambahkan takwa dan iman. Bulan ini adalah bulan muhasabah diri dan bulan menambahkan amal. Janji Allah taala adalah bahawa hambanya yang beramal akan dilipatgandakan pahala dan kebajikan. Amalan istighfar, solat sunat, tilawatul quran dan bersedekah adalah amalan utama yang perlu dilakukan oleh setiap insan. Perbanyakkan solat malam dan doa kepada Allah supaya melimpahkan kebaikan dunia dan akhirat. Pesan tok guru adalah supaya janganlah kita meminta doa untuk senang dan kaya di dunia, malah yang terlebih utama adalah kebaikan dan kesenangan di akhirat. Oleh itu, saya menyeru kepada tuan dan puan supaya menambahkan amal kebajikan. Ramai juga di kalangan klien saya mempunyai masalah rumah tangga. Pada bulan inilah kalian harus memperbanyakkan solat dan doa dan memohon petunjuk daripada Allah terhadap kes-kes yang dihadapi oleh kalian. Allah telah menjadikan Adam dan Hawa sebagai teman. Jika terdapat perteli...
Salam. Kepada semua pengunjung blog ini saya ucapkan salam perkenalan. Semoga semua pengunjung berada dalam keadaan sihat sejahtera di bawah naungan Allah S.W.T. Sebagai posting yang pertama saya mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana limpahan kurnianya saya telah berjaya mengatasi kesibukan selama ini untuk mencuba dalam arena penulisan. Sebenarnya, nawaitu untuk menulis ini telah lama wujud namun kesibukan bekerja ditambah lagi dengan kesibukan menyiapkan tesis PhD telah menggendalakan rancangan yang ada. Alhamdulillah, pada hari Rabu bersamaan 20/8/2008 saya telah berjaya menyiapkan tesis tersebut dan menghantar kepada penyelia tesis untuk semakan dan kelulusan. Sekiranya tiada aral, insya-Allah boleh dihantar kepada Unit Pasca Ijazah dan ditetapkan hari untuk viva tesis tersebut. Insya-Allah Taala, blog ini akan membahaskan berkaitan perundangan memandangkan saya telah berkecimpung sekian lama dalam subjek perundangan. Seingat saya, saya mula mengenali dunia perundangan ini p...